The Government of Brunei Darussalam
 

Misi

Struktur
Organisasi

Piagam Pelanggan

Maklumbalas

 

title2_jpi.jpg (16294 bytes)           Pengenalan

Pelajaran Ugama telah mendapat perhatian yang berat sejak tahun 1954 dimana pada tahun 1955 telah diwujudkan satu jawatan iaitu Penyusun dan Pengelola Sekolah-Sekolah Ugama dengan tujuan untuk mengendalikan hal-hal yang bersangkutan dengan pelajaran ugama di Negara Brunei Darussalam.

Dalam tahun 1967, urusan pelajaran telah diletakkan di bawah Penguasa Pelajaran Ugama. Manakala pada tahun 1971, pentadbiran Bahagian Pelajaran telah diperkemaskan lagi, diantaranya Penguasa Pelajaran Ugama telah bertukar menjadi Ketua Pegawai Pelajaran Ugama.

Apabila Kementerian Hal Ehwal Ugama ditubuhkan dalam tahun 1986, struktur pentadbiran pelajaran ugama juga turut berubah dimana Bahagian Pelajaran Ugama diketuai oleh seorang Pengarah iaitu Pengarah Pengajian Islam dan dibantu oleh seorang penolong iaitu Penolong Pengarah Pengajian Islam.

Melahirkan masyarakat yang berpendidikan ugama dan beramal menurut Al-Quran.



|| Misi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||